Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seoalah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.
Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Surah Az-Zumar: 53]
Siapa kita? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum diri kita sebelum kita dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat diri kita dengan Allah.
Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kita punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kita tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencinta kita sedang menguji.
@renung2kn selamat beramal.. haha ;)










No comments:
Post a Comment